Semoga kita semua diberi kesihatan, dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat serta sentiasa diberkati dalam menjalani kehidupan kita di dunia ini.
Blog ini saya wujudkan untuk mengisi hati saya yang kekosongan. Biarlah kekosongan itu saya isi dengan mencari DIA yang selalu saya lupakan. Semoga saya tidak lupa untuk mengingati DIA di waktu susah dan senang. Saya hanya ada DIA untuk meminta bantuan dikla kesusahan dan ada DIA di saat saya gembira.
Moga DIA permudahkan jalan sya menujuNYA dan membimbing saya selalu untuk berada dalam keredhaanNYA.
YA ALLAH,
KAULAH TEMPAT AKU TUJU,
DISAAT AKU KECEWA.
DAN KAU JUALAH TEMPAT AKU BERHARAP,
DIKALA AKU KESEDIHAN,
YA ALLAH,
SENTIASALAH BERSAMA AKU,
BIMBINGLAH HATIKU,
AGAR TIDAK TERUS HANYUT MELAYAN DUKA,
TIDAK TERUS ALPA MENGHADAPI KECEWA,
INGATKANLAH AKU,
DIKALA AKU DUKA,
KAU TEMPATKU BERGANTUNG,
DIKALA AKU KECEWA,
KAU PEMBERI AKU SEMANGAT,
MOGA HATIKU SENTIASA SUBUR,
SUBUR DENGAN INGATAN TERHADAP-MU,
SEMOGA SUJUDKU HANYA PADA-MU,
MATIKU KERANA-MU,
HIDUPKU HANYA UNTUK-MU.
ALLAH JUA TEMPAT AKU BERGANTUNG HARAP,
ALLAH JUA TEMPAT AKU MENGADU KASIH,
DARI ALLAH KITA DATANG,
KEPADA ALLAH JUA KITA KEMBALI.
AKU KASIH ALLAH, AKU MENCARI REDHA ALLAH.