Search This Blog

Friday, March 30, 2012

AYUH! BANGKIT UNTUK KEHIDUPAN BAHAGIA

Hati yang berbunga-bunga adalah hati yang sentiasa redha
Even so hurt..but at last I'm realize that not anything that we want will be our mine.. there are reason why HE choose me to face all that thing.. HE will show us the truth, the TRUTH that someone else hide it from you... Now I can see it.. Hanya DIa sahaja yang layak menghukum orang2 yang menganiayah, menipu, dan mempermainkan kita. Sebagai seseorang yang masih waras, kita harus redha dan mensyukuri kerana ujian ini datang bersebab...

♥ hari ini hati kita sakit, tetapi esok kita mesti bangkit untuk kehidupan yang seterusnya..
♥ hari ini kita kecewa, tetapi esok kita mesti bangun kerana jalan2 untuk orang bahagia adalah seseorang yang boleh berdiri semula biarpun berkali-kali telah jatuh,
♥ hari ini kita menangis, biar esok kita hiasi diri kita dengan senyuman, manatahu senyuman itu bisa menggembirakan kita dan orang sekeliling kita
♥ hari ini kita ditinggalkan, jangan tangisi kerana esok pasti ada yang lebih baik datang mencari kamu asalkan kamu berdoa dan percaya setiap manusia diciptakan berpasang-pasang dan jauh mana pun jodoh kamu, andai tiba masanya pasti dia akan tetap jadi milikmu.
♥ hari ini kita banyak dosa, esok jangan biarkan kisah kita sentiasa dengan dosa, carilah jalan menuju hidayah NYA. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk orang yang mahu berjalan ke arah NYA.
♥ hari ini kita tidak dapat apa yang kita inginkan, tapi yakinlah bukan semua yang kita inginkan itu adalh terbaik untuk kita. Allah sudah rancang dan tulis jalan hidup kita sebaik-baiknya.. bersyukurlah kerana Allah tidak kabulkan apa yang kamu impikan kerana kita tidak tahu apa yang kita sangat-sangat impikan dalam hidup kita itu mungkin memudaratkan..
"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".

Mulakan langkah untuk memperbaiki diri agar kita tidak terus menerus berada pada jalan yang sepi dan suram... ceriakan harimu dengan IMAN dan TAKWA..

ALLAH SAYANG KITA SEMUA..

Monday, March 26, 2012

MY SPECIAL THANKS FOR MY FOLLOWER

WELCOME TO ALL MY FOLLOWER....
I WROTE THIS POST FOR WELCOMING ALL OF YOU TO MY BLOG..

THANKS FOR FOLLOWING MY BLOG..
ACTUALLY I'M NOT REALLY ACTIVE IN BLOGGING...
AND I'M NEW IN BLOGGING, I HOPE YOU WILL GUIDE ME:)
IF YOU ARE FOLLOWING ME AND I'M NOT FOLLOWING YOU...
JUST GIVE YOUR LINK IN MY COMMENT... 
I WILL FOLLOW YOU AS SOON AS POSSIBLE..
THANKS FOR YOUR SUPPORT..
LOVE YOU <3 <3 <3




sincerly from,
NUR HAFIZAH:)


TATU TAHI? WANITA SAMAN BEKAS KEKASIH.

ROSSIE menunjukkan tatu imej najis dihurung lalat di belakang badannya. 


DAYTON (Amerika Syarikat): Seorang wanita yang berang menyaman bekas teman lelakinya selepas dia mentatu imej najis di belakang tubuh wanita itu.
Rossie Brovent menuntut ganti rugi sebanyak 60,000 pound (RM300,000) daripada Ryan Fitzjerald.
Rossie dari bandar raya ini mahukan gambar dalam adegan filem Narnia ditatu di belakang tubuhnya.
Sebaliknya, dia mendapati tubuhnya ditatu dengan imej najis dengan dihurung beberapa lalat.
Artis tatu, Fitzjerald berang apabila mendapat tahu Rossie berlaku curang dengan teman baiknya.
Pada awalnya, Rossie mahu bekas kekasihnya itu didakwa melakukan serangan, tetapi dia sudah menandatangani borang mengesahkan rekaan tatu itu dibuat mengikut pertimbangan artis. Rossie berkata: “Dia menipu saya dengan meminum sebotol arak murah bersama saya sebelum mendapatkan tanda tangan saya dan membuat tatu itu.
“Sebenarnya pada kebanyakan waktu saya pengsan dan ketika tersedar saya dapati imej buruk ini di belakang tubuh saya,” katanya.
Harian Metro

HAIWAN ANEH

 
Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.
Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.
 

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.
Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.
Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.
“Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain,” katanya.
- Agensi







SEJADAH CORAK BABI????







SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.
“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.
“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.
“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.
Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.
“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.
Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

Harian Metro