Hati yang berbunga-bunga adalah hati yang sentiasa redha |
♥ hari ini hati kita sakit, tetapi esok kita mesti bangkit untuk kehidupan yang seterusnya..
♥ hari ini kita kecewa, tetapi esok kita mesti bangun kerana jalan2 untuk orang bahagia adalah seseorang yang boleh berdiri semula biarpun berkali-kali telah jatuh,
♥ hari ini kita menangis, biar esok kita hiasi diri kita dengan senyuman, manatahu senyuman itu bisa menggembirakan kita dan orang sekeliling kita
♥ hari ini kita ditinggalkan, jangan tangisi kerana esok pasti ada yang lebih baik datang mencari kamu asalkan kamu berdoa dan percaya setiap manusia diciptakan berpasang-pasang dan jauh mana pun jodoh kamu, andai tiba masanya pasti dia akan tetap jadi milikmu.
♥ hari ini kita banyak dosa, esok jangan biarkan kisah kita sentiasa dengan dosa, carilah jalan menuju hidayah NYA. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk orang yang mahu berjalan ke arah NYA.
♥ hari ini kita tidak dapat apa yang kita inginkan, tapi yakinlah bukan semua yang kita inginkan itu adalh terbaik untuk kita. Allah sudah rancang dan tulis jalan hidup kita sebaik-baiknya.. bersyukurlah kerana Allah tidak kabulkan apa yang kamu impikan kerana kita tidak tahu apa yang kita sangat-sangat impikan dalam hidup kita itu mungkin memudaratkan..
"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".
Mulakan langkah untuk memperbaiki diri agar kita tidak terus menerus berada pada jalan yang sepi dan suram... ceriakan harimu dengan IMAN dan TAKWA..
ALLAH SAYANG KITA SEMUA..
No comments:
Post a Comment