Search This Blog

Friday, March 30, 2012

AYUH! BANGKIT UNTUK KEHIDUPAN BAHAGIA

Hati yang berbunga-bunga adalah hati yang sentiasa redha
Even so hurt..but at last I'm realize that not anything that we want will be our mine.. there are reason why HE choose me to face all that thing.. HE will show us the truth, the TRUTH that someone else hide it from you... Now I can see it.. Hanya DIa sahaja yang layak menghukum orang2 yang menganiayah, menipu, dan mempermainkan kita. Sebagai seseorang yang masih waras, kita harus redha dan mensyukuri kerana ujian ini datang bersebab...

♥ hari ini hati kita sakit, tetapi esok kita mesti bangkit untuk kehidupan yang seterusnya..
♥ hari ini kita kecewa, tetapi esok kita mesti bangun kerana jalan2 untuk orang bahagia adalah seseorang yang boleh berdiri semula biarpun berkali-kali telah jatuh,
♥ hari ini kita menangis, biar esok kita hiasi diri kita dengan senyuman, manatahu senyuman itu bisa menggembirakan kita dan orang sekeliling kita
♥ hari ini kita ditinggalkan, jangan tangisi kerana esok pasti ada yang lebih baik datang mencari kamu asalkan kamu berdoa dan percaya setiap manusia diciptakan berpasang-pasang dan jauh mana pun jodoh kamu, andai tiba masanya pasti dia akan tetap jadi milikmu.
♥ hari ini kita banyak dosa, esok jangan biarkan kisah kita sentiasa dengan dosa, carilah jalan menuju hidayah NYA. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk orang yang mahu berjalan ke arah NYA.
♥ hari ini kita tidak dapat apa yang kita inginkan, tapi yakinlah bukan semua yang kita inginkan itu adalh terbaik untuk kita. Allah sudah rancang dan tulis jalan hidup kita sebaik-baiknya.. bersyukurlah kerana Allah tidak kabulkan apa yang kamu impikan kerana kita tidak tahu apa yang kita sangat-sangat impikan dalam hidup kita itu mungkin memudaratkan..
"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".

Mulakan langkah untuk memperbaiki diri agar kita tidak terus menerus berada pada jalan yang sepi dan suram... ceriakan harimu dengan IMAN dan TAKWA..

ALLAH SAYANG KITA SEMUA..

Monday, March 26, 2012

MY SPECIAL THANKS FOR MY FOLLOWER

WELCOME TO ALL MY FOLLOWER....
I WROTE THIS POST FOR WELCOMING ALL OF YOU TO MY BLOG..

THANKS FOR FOLLOWING MY BLOG..
ACTUALLY I'M NOT REALLY ACTIVE IN BLOGGING...
AND I'M NEW IN BLOGGING, I HOPE YOU WILL GUIDE ME:)
IF YOU ARE FOLLOWING ME AND I'M NOT FOLLOWING YOU...
JUST GIVE YOUR LINK IN MY COMMENT... 
I WILL FOLLOW YOU AS SOON AS POSSIBLE..
THANKS FOR YOUR SUPPORT..
LOVE YOU <3 <3 <3




sincerly from,
NUR HAFIZAH:)


TATU TAHI? WANITA SAMAN BEKAS KEKASIH.

ROSSIE menunjukkan tatu imej najis dihurung lalat di belakang badannya. 


DAYTON (Amerika Syarikat): Seorang wanita yang berang menyaman bekas teman lelakinya selepas dia mentatu imej najis di belakang tubuh wanita itu.
Rossie Brovent menuntut ganti rugi sebanyak 60,000 pound (RM300,000) daripada Ryan Fitzjerald.
Rossie dari bandar raya ini mahukan gambar dalam adegan filem Narnia ditatu di belakang tubuhnya.
Sebaliknya, dia mendapati tubuhnya ditatu dengan imej najis dengan dihurung beberapa lalat.
Artis tatu, Fitzjerald berang apabila mendapat tahu Rossie berlaku curang dengan teman baiknya.
Pada awalnya, Rossie mahu bekas kekasihnya itu didakwa melakukan serangan, tetapi dia sudah menandatangani borang mengesahkan rekaan tatu itu dibuat mengikut pertimbangan artis. Rossie berkata: “Dia menipu saya dengan meminum sebotol arak murah bersama saya sebelum mendapatkan tanda tangan saya dan membuat tatu itu.
“Sebenarnya pada kebanyakan waktu saya pengsan dan ketika tersedar saya dapati imej buruk ini di belakang tubuh saya,” katanya.
Harian Metro

HAIWAN ANEH

 
Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.
Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.
 

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.
Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.
Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.
“Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain,” katanya.
- Agensi







SEJADAH CORAK BABI????







SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.
“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.
“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.
“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.
Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.
“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.
Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

Harian Metro


Sunday, March 25, 2012

"Segmen: Bloglist April-Mei Bersama Jebat"


Assalamualaikum


Nak join 

"Segmen: Bloglist April-Mei Bersama Jebat" 
dari blog akusijebat yang cool
harap penyertaan fiza berbaloi
dan semoga ada yang sudi follow fiza

selamat berblogging semua :)

Tarikh tutup
31/03/2012
11:59 mlm.

Friday, March 16, 2012

Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan



Kesan ujikaji ke atas otak
Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.
Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.
Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia
Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif.

Keadah FMRI digunakan untuk mengetahui aktiviti otak
Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.
Sekarang saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. (Al-Alaq ayat 15-16)
Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.
Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.
Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.
Harian Metro


Sunday, March 11, 2012

RM1000 dari Nuffnang Backlink Tertinggi ?




:: NUFFNANG = RM1000!! ::
petikan daripada blogger lain:
Salam..
jgn mrh yer..
ni juz strategi dlm blogging..
sy bace dr satu blog ni..
die soh wt mcmni..
ape slh mncuba..
kn??
cara dia bgini
Kalau korg dpt terapkan cara ini dengan btul kt web / blog korg, maka akn blaku kesibukan lalu lintas pengunjung yang luar biasa tiap2 ari..xpyh nk bersusah payah memikirkan SEO atau berpenat-penat utk promosi blog/bisnes kite kt sume org..
Blog jgk akn dibanjiri backlink secara signifikan dari hari ke hari, tanpa bersusah payah link kesemua tempat di dunia Internet.
meh le kita pakat cuba…
Perkara yang harus korg lakukan adalah ikut langkah-langkah berikut:-
1. Tulis posting artikel mcm posting aku ni, dgn cara or gaya tsendiri atau copy-paste je artikel ni. Then, bg tajuk yg menarik.
2. Korang hanya perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang korg tuliskan dalamblog / web.
3.
  1. Bisnis di Internet
  2. Blogging-Surfer
  3. Tintalughahwi
  4. Igauan
  5. Ad-dai’
  6. kakngah
  7. Zie Fauzi
  8. Happiness (zuliana)
  9. Luciano Bove
  10. The Bladerz
  11. Bijakjaya
  12. jomrileks
  13. adlee-infotainment.blogspot.com/
  14. akusijebat
  15. Nur Hafizah
PERATURAN
1. Sebelum meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korg, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).
2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62
YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!
Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka korang akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang korang tak pernah bayang sblum ni.Jika ada pengunjung ke blog korang dari Link List yang disebutkan di atas maka korang akan secara automatik dapat lalu lintas ke web / blog korg jgk.
Ingat! Aturan permainan,link blog korg harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan aku jika korg tak ikut cara ni dgn betul dan link korg tiba2 berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).
OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.
Jomrileks – Apa pendapat anda? Pernah mencuba..apa hasilnya?Jom kita rileks sama-sama buat dan tgk apa hasilnya..

kalau dah join,sila komen ye..
Sumber

Thursday, March 8, 2012

RISAU DIPERMAINKAN? RISAU TENTANG JODOH?



"Jangan berusaha merebut kembali seseorang yang sudah mempermainkan perasaan dan meninggalkan kamu kerana orang jenis in tidak layak utk menjadi rebutan. Barangkali dia hanyalah seseorang yang ketagih dengan hubungan yang singkat dan kepuasan yang sesaat. Orang jenis ini tidak akan berhenti melakukan tindakan buruknya, dia ada di sisi kamu untuk mengambil kesempatan dan pergi atas kekurangan yang kamu ada. Bila dia ingin bernikah sudah pasti dia akan memilih seseorang yang lebih baik dari kamu. BArangkali dia juga tidak akan berhenti melakukan hubungan-hubungan sesaat setelah menikah. Iaitu tetap tidak akan menghormati orang lain seperti mana orang menghormatinya."
(Petikan dari BUKU LATAHZAN-For LoVe)

Janganlah kita risau tentang jodoh kita, sudah pasti Allah ada perancangan yang baik untuk kita. KEgagalan cinta yang lalu adalah pengajaran yang berharga dan sebagai kekuatan untuk kita berhadapan dengan kegagalan dan masalah yang lebih besar mendatang. Bukankah Allah itu MAHA ADIL DAN PENYAYANG.

Kita yang pernah mengalami kegagalan dalam cinta jangan berputus asa dengan mudah. Bukan hanya diri kita seorang yang pernah gagal, ramai lagi. Tapi bergantung kepada diri kita untuk mencari kekuatan untuk bangkit semula dari kegagalan. JAngan terlalu mendambakan cinta manusia. Bercintalah kerana Allah dan Rasul, kerana anda akan menemukan cinta sejati di sana.

Cinta sejati bukanlah dengan cara bercinta, bercouple atau berdua-duan tetapi dengan pernikahan. Nikah adalah kunci kepada cinta sejati. Jika kita dinikahkan dengan orang yang kita tidak cintai, tidak mustahil cinta itu tidak boleh wujud selepas berkahwin. Allah menghadirkan cinta dalam pelbagai cara dan bentuk. Tetapi ia, bergantung pula kepada kita bagaimana melihat dan menerima cinta itu, jika melihat cinta itu pada jalan Allah pasti kita kan jadi wanita yang bahagia bukan sahaja di dunia malahan di akhirat.
Bukan itukah yang kita inginkan? Andai takdir cinta kita lmbat usah mengeluh, dekatkan diri pada Allah di sana ada nikmat dan rahmatyang lebih membahagiakan.

Buka mata, buka minda, buka hati. Terimalah cinta yang hadir pada jalan Illahi. Bercintalah dengan hati berTuhankan ALLAH dan bukan bertuankan NAFSU!

Yang baik datang dari Allah dan yang buruk jua datang dari Allah tetapi bersandarkan kepada kelemahan diri ini. WUALLAHU'ALAM.

BY:
http://cahayapemeliharaku.blogspot.com

WHERE DO GUIDE YOUR LOVE?

Don't Guide Your Heart to Find LOVE But Guide Your Heart To Find ALLAH S.W.T Because There You Will Find The real LOVE... ♥ ♥ ♥