Search This Blog

Tuesday, February 14, 2012

LOVE IS HOLY, LOVE IS FROM HEART.


Love is holy its come from your heart? Did I say the truth or not? O.K its up to you, what are thinking about love is your right. But what are we thinking about love is not always the right, am I right? Whatever oters perception about love for me love is really holy and we must taking good care of it. As example if we really love our girl perhaps who ready this are boy:) We must take good care of her. Never take advantage., i mean DO NOT TOUCH her before you exactly can do that. You can only do whatever you want to her after married, do whatever didn't mean you can beat her or make her life in ruin!Ahaakz..


Okay! next love come from heart. If your heart never mean for that person can you say are you are in love?? Nope right! You will try hard to get someone you love if your heart say I LOVE HER/HIM.. i know no one of you will waste your time doing something stupid for person which you not in love with. Same like me too.:)



That why i like this statement LOVE IS HOLY, LOVE IS FROM HEART!

P/s: Sorry for my poor English:) I will try hard next time to make it better..hehe

PERLUKAH CINTA ITU BERSEBAB?

Sudah menjadi kebiasaan kepada pasangan yang bercinta bertanyakan sebab mengapa pasangannya menyintainya baik dari pihak lelaki mahupun perempuan. Masing-masing ingin mendapat jawapan untuk meyakinkan hati masing-masing kenapa dia dicintai. Cinta bukanlah sesuatu yang mudah ditafsirkan dengan kata-kata. Setiap orang yang bercinta tidak akan mudah menyatakan kenapa dia jatuh cinta, termasuk yang empunya blog ini:)

Bayangkan andai cinta perlu sebab??

Aku cintakan awak kerana awak cantik. Bila  kecantikan dimamah usia atau akibat kemalangan dan sebagainya masih wujudkah rasa cinta itu?Perlukah cinta itu memandang kecantikan luaran sedangkan yang merasa itu hati. Pastinya hati dapat menilai kecantikan dengan berlandaskan keikhlasan dan ketulusan cinta.

Aku cintakan awak kerana senyumanmu yang menawan. Apabila salah seorangnya mengalami kecelakaan yang menyebabkan dia koma dan terlantar di hospital dan tidak sudah boleh memberikan senyuman yang indah setiap hari, akan pastikah cinta itu akan tetap ada di hati pasangannya?

Aku cintakan awak kerana awak baik dan selalu bantu saya. Apabila dia sudah tidak berdaya memberi pertolongan seperti yang kau harapkan, bolehkah engkau menyintainya seperti sebelum ini? Janganlah mengambil iktibar dari pepatah "ada duit abang sayang, tiada duit abang melayang". 
Aku cintakan awak suara awak merdu. Bila didatangkan penyakit kepada pasangan anda iaitu kehilangan vocal suara akibat kanser dan sebagainya dan anda memberitahunya dahulu awak cintakan dia kerana suaranya yang merdunya yang merdu. Dan kini suaranya telah tiada, akan terpaut lagikah cintamu untuk dia?

Aku cintakan awak kerana pandai jaga maruah diri dan kewanitaan awak. Bayangkan bila suatu hari ditakdirkan dia dirogol. Dan kehilangan harta yang diidam-idamkan olehmu, masihkan kau mampu menyintainya dan menerima dirinya? 


Amat sedih jika cinta hanya berlandaskan kepada sebab-sebab duniawi. Semua sebab-sebab ini akan luput seiring dengan waktu, keadaan dan orang itu sendiri. Adalah lebih baik memandang cinta itu dari hati nurani dan berpandukan agama. Kerana setiap persoalan tentang hidup jawapannya dengan kembali kepada agama. Jika mencari sebab yang munasabah mengapa anda jatuh cinta cukuplah menyatakan. AKU MENYINTAIMU KERANA ALLAH. Jika tidak DIA detikkan rasa cinta ini kepadamu mustahil aku dapat menyintaimu seperti sekarang. Dan marilah sama-sama berdoa semoga cinta itu akan kekal bukan sahaja di dunia malahan di AKHIRAT kelak.

MAMA, ABAH AKU SAYANG KAMU!

Aku sudah beranjak dewasa, boleh dikatakan mempunyai pekerjaan yang bagus dan boleh dibanggakan. Semua ini berkat dari doa dan pengorbanan kedua ibubapaku yang aku panggil mama dan abah:)

Aku tahu aku tidaklah tergolong dalam kategori anak yang baik. Seringkali aku menyakiti kedua orang tuaku kerana dek ikutkan darah muda dan emosi yang rapuh bak kaca. Tetapi walaupun begitu, aku gembira kerana mama dan abah sentiasa sayang dan begitu mudah memaafkan aku. Sehingga aku rasa malu dengan diri sendiri.

Aku sedar betapa aku tidak peka dengan perasaan mama dan abah hingga dengan mudah menyinggung perasaan mereka. Aku masih terbawa-bawa dengan sikap keanak-anakanku yang ingin semua kehendakku dipenuhi dan jika aku berkeinginan sesuatu hari itu juga aku mesti mendapatkannya. Mama dan abah sudah masak dengan perangaiku yang begini.. Syukur alhamdulillah kerana mereka memahami aku dan memberi aku waktu untuk menjadi seorang yang dewasa.

Semoga ibubapaku sentiasa di bawah rahmat dan kasihNYA.. aku ingin sekali membahagiakan mereka, semoga Allah menjadikan aku anak yang berguna dan dapat mendoakan mereka pada setiap detik dan waktu.

Marilah kita sama-sama mendoakan ibubapa masing-masing dengan doa yang sudah diajarkan kepada kita, kesilapan kita yang lalu janganlah diulang dan lakukan yang terbaik bagi membahagiakan ibubapa kita selagi mereka masih ada di sisi kita.


Doa dua ibubapa
Di sini cuba diperturunkan sedikit panduan sekiranya anda ingin berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan kedua ibu bapa.
1. Berdoa seorang diri
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
2. Anda menjadi imam bagi adik beradik anda (seibu sebapa) sahaja
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa)kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanyamendidik kami pada waktu kecil.
3. Anda menjadi imam orang lain.
Termasuklah kalau anda mengimami solat bersama keluarga sendiri yang terdiri daripada anda, isteri dan anak-anak anda. Apatah lagi kalau anda adalah imam di masjid atau di khalayak ramai.

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) keduaibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.

AKU MENEMUKAN CINTA

Dalam kesedihan merenung kehancuran cinta yang lalu seringkali aku lupa untuk melihat kehadapan. Asyik dengan kecewa dan putus harapan. aku sedar aku tidak boleh berterusan begitu.. Cinta tidak kejam untuk dinilai pada kesalahan seorang jejaka. Oleh itu, aku kembali sedar dan bangkit untuk kuatkan diri hadapi kehidupan yang sentiasa mendatang dengan dugaan dan ujian silih berganti! Kekuatan itu, telah membawa aku untuk membuka pintu hati kepada sesorang. Insan yang mewujudkan kepercayaan dalam hati untuk menerima dan menghargai dia. Takdir dan ketentuan Allh penuh dengan rahsia. Hari ini kita diberi hujan dan keesokan harinya datang pelangi:) Mungkin masih awal untuk aku menduga sejauh mana hubungan ini akan bertahan. Tetapi hatiku mula mendetikkan cinta untuknya! Subhanallah aku mencintainya...

Luahan hatiku dapat diterjemahkan melalui lagu ini... semoga perasaan ini datang dari ALLAH dan IKHLAS lahir dari hatiku dan bukan dari mainan serta tipu daya syaitan. AMIN.

DI ATAS SATU CINTA-INDAH DEWI PERTIWI



Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lemran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Sunday, February 12, 2012

HARAPKAN KEBAHAGIAAN DARI-MU YA ALLAH

HARAPKAN KEBAHAGIAAN DARI-MU YA ALLAH


Jodoh , Ajal , MAut TerletAk padA KuasANya.. Kita sebagai MAnuSia HAnyA mEranCang.. SebaIk mAnA pun KitA meRAncaNg tersEraH puLA paDa ALLAH untuk MemaKbulkaNnya....

YA Allah aku berharap yang terbaik dariMU.. 
Aku tahu dosaku tinggi menggunung...
Aku selalu gagal untuk mengikut sunah dan perintahMU..
AKu mengharapkan Syurga dan Bahagia..
Tetapi amalku lebih kepada ahli Neraka...

Ya Allah..
Inginku bertahan dengan hanya menyintaiMU..
Ingin aku menjadi kuat dengan cintaMU...
Tetapi kenapa cinta manusia juga aku cari..
Sedangkan cinta mereka bukan jaminan ke Syurga..
Malah akan menjerumus ke lembah JAHANAM.

Ya Allah...
Andai sampai masa aku bertemu jodohku..
Ingin sekali aku memiliki tanpa harus bercinta..
Biar nikah yang membuahkan bahagia..
Hingga mekar bunga-bunga cinta..
Yang akan KAU sirami rahmat kasihMU
Hingga kami bertemu lagi di SYURGA-MU..