Search This Blog

Tuesday, February 14, 2012

MAMA, ABAH AKU SAYANG KAMU!

Aku sudah beranjak dewasa, boleh dikatakan mempunyai pekerjaan yang bagus dan boleh dibanggakan. Semua ini berkat dari doa dan pengorbanan kedua ibubapaku yang aku panggil mama dan abah:)

Aku tahu aku tidaklah tergolong dalam kategori anak yang baik. Seringkali aku menyakiti kedua orang tuaku kerana dek ikutkan darah muda dan emosi yang rapuh bak kaca. Tetapi walaupun begitu, aku gembira kerana mama dan abah sentiasa sayang dan begitu mudah memaafkan aku. Sehingga aku rasa malu dengan diri sendiri.

Aku sedar betapa aku tidak peka dengan perasaan mama dan abah hingga dengan mudah menyinggung perasaan mereka. Aku masih terbawa-bawa dengan sikap keanak-anakanku yang ingin semua kehendakku dipenuhi dan jika aku berkeinginan sesuatu hari itu juga aku mesti mendapatkannya. Mama dan abah sudah masak dengan perangaiku yang begini.. Syukur alhamdulillah kerana mereka memahami aku dan memberi aku waktu untuk menjadi seorang yang dewasa.

Semoga ibubapaku sentiasa di bawah rahmat dan kasihNYA.. aku ingin sekali membahagiakan mereka, semoga Allah menjadikan aku anak yang berguna dan dapat mendoakan mereka pada setiap detik dan waktu.

Marilah kita sama-sama mendoakan ibubapa masing-masing dengan doa yang sudah diajarkan kepada kita, kesilapan kita yang lalu janganlah diulang dan lakukan yang terbaik bagi membahagiakan ibubapa kita selagi mereka masih ada di sisi kita.


Doa dua ibubapa
Di sini cuba diperturunkan sedikit panduan sekiranya anda ingin berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan kedua ibu bapa.
1. Berdoa seorang diri
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
2. Anda menjadi imam bagi adik beradik anda (seibu sebapa) sahaja
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa)kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanyamendidik kami pada waktu kecil.
3. Anda menjadi imam orang lain.
Termasuklah kalau anda mengimami solat bersama keluarga sendiri yang terdiri daripada anda, isteri dan anak-anak anda. Apatah lagi kalau anda adalah imam di masjid atau di khalayak ramai.

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) keduaibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.

No comments:

Post a Comment