Search This Blog

Tuesday, February 14, 2012

PERLUKAH CINTA ITU BERSEBAB?

Sudah menjadi kebiasaan kepada pasangan yang bercinta bertanyakan sebab mengapa pasangannya menyintainya baik dari pihak lelaki mahupun perempuan. Masing-masing ingin mendapat jawapan untuk meyakinkan hati masing-masing kenapa dia dicintai. Cinta bukanlah sesuatu yang mudah ditafsirkan dengan kata-kata. Setiap orang yang bercinta tidak akan mudah menyatakan kenapa dia jatuh cinta, termasuk yang empunya blog ini:)

Bayangkan andai cinta perlu sebab??

Aku cintakan awak kerana awak cantik. Bila  kecantikan dimamah usia atau akibat kemalangan dan sebagainya masih wujudkah rasa cinta itu?Perlukah cinta itu memandang kecantikan luaran sedangkan yang merasa itu hati. Pastinya hati dapat menilai kecantikan dengan berlandaskan keikhlasan dan ketulusan cinta.

Aku cintakan awak kerana senyumanmu yang menawan. Apabila salah seorangnya mengalami kecelakaan yang menyebabkan dia koma dan terlantar di hospital dan tidak sudah boleh memberikan senyuman yang indah setiap hari, akan pastikah cinta itu akan tetap ada di hati pasangannya?

Aku cintakan awak kerana awak baik dan selalu bantu saya. Apabila dia sudah tidak berdaya memberi pertolongan seperti yang kau harapkan, bolehkah engkau menyintainya seperti sebelum ini? Janganlah mengambil iktibar dari pepatah "ada duit abang sayang, tiada duit abang melayang". 
Aku cintakan awak suara awak merdu. Bila didatangkan penyakit kepada pasangan anda iaitu kehilangan vocal suara akibat kanser dan sebagainya dan anda memberitahunya dahulu awak cintakan dia kerana suaranya yang merdunya yang merdu. Dan kini suaranya telah tiada, akan terpaut lagikah cintamu untuk dia?

Aku cintakan awak kerana pandai jaga maruah diri dan kewanitaan awak. Bayangkan bila suatu hari ditakdirkan dia dirogol. Dan kehilangan harta yang diidam-idamkan olehmu, masihkan kau mampu menyintainya dan menerima dirinya? 


Amat sedih jika cinta hanya berlandaskan kepada sebab-sebab duniawi. Semua sebab-sebab ini akan luput seiring dengan waktu, keadaan dan orang itu sendiri. Adalah lebih baik memandang cinta itu dari hati nurani dan berpandukan agama. Kerana setiap persoalan tentang hidup jawapannya dengan kembali kepada agama. Jika mencari sebab yang munasabah mengapa anda jatuh cinta cukuplah menyatakan. AKU MENYINTAIMU KERANA ALLAH. Jika tidak DIA detikkan rasa cinta ini kepadamu mustahil aku dapat menyintaimu seperti sekarang. Dan marilah sama-sama berdoa semoga cinta itu akan kekal bukan sahaja di dunia malahan di AKHIRAT kelak.

No comments:

Post a Comment