Search This Blog

Thursday, February 23, 2012

JIKA BENAR CINTA....

 Aku ingin setia tapi aku takut terluka... aku ingin bahagia tapi aku fobia.. Aku inginkan dia tapi takut harapanku cuma sia-sia... Oleh itu aku ambil langkah selamat berdiri di atas angin agar ombak derita tidak menghempas lautan cintaku ke muara. Biar di atas awan aku berteman pilu agar cerita sedih itu tidak berulang menghiris kalbu.....

Sebenarnya aku memang sayangkan dia, tapi keraguan begitu mendalam dihatiku semenjak dikecewakan oleh insan yang memberi harapan cinta padaku.. Dia datang persis seperti insan itu membawa khabar cinta dengan memberi aku jutaan harapan. Tapi dia tidak sama seperti insan yang pernah hadir iru, aku nampak ketulusan dan kejujurannya, cuma bila hati pernah terluka susah sekali untuk menerima ketulusan dan kejujuran itu selagi bukti belum nyata. Bukti apa lagi yang diinginkan wanita yang merasa diri dicintai melainkan ikatan restu dari Ilahi iaitu ikatan perkahwinan.

Aku tidaklah alim sehingga ingin sekali dikahwini tanpa megenali dia secara lebih mendalam. Aku cuma wanita yang inginkan ikatan suci dalam perhubungan. Aku tidak ingin bercinta bertahun-tahun tapi yang putik hanya dosa. Siapa manusia yang begitu bodoh menambah dosa dengan ikatan yang tidak redha? Ikatan janji palsu dari manisnya bibir bicara? Mungkin permulaannya ada ketulusan dan keikhlasan dari kata cinta itu, tapi semakin lama menjalin cinta tanpa ikatan yang sah apakah masih terselit keikhlasan dan kejujuran sesudah Syaitan dan Iblis menghasut, merayu dan menimbulkan fitnah??

Jika benar cinta, jika benar sayang cuma satu sahaja bukti yang ada. Bukti yang akan membuat wanita itu terdiam dan terpaku dengan anda. PERKAHWINAN yang SAH. Wanita mana yang ingin diri dibelai dengan dosa? Wanita mana yang ingin dilalaikan dengan janji dusta? Wanita mana yang ingin berbahagia dengan maksiat yang bermaharalela yang bertopengkan cinta sejati?? Hanya wanita yang buta mata dan hati akan memilih menjadi wanita sebegini. Atau mungkin wanita yang dikaburi kepalsuan cinta duniawi..

Aku berharapkan diriku dan wanita-wanita yang lainnya menjadi seteguh karang dilautan biar dihempas badai bergelora tetap berada pada kedudukannya, menjadi seutuh langit di awan, biar taufan mengganas tetap tidak runtuh jatuh bumi.

Wahai wanita perhiasan dunia berilahmu kepercayaan pada suami bukan pada kekasih. Berilah cintamu pada yang benar-benar tulus dan jujur membina rumahtangga denganmu bukan sekadar menganggap kamu persinggahan cinta sementara. Carilah cinta yang berpaksikan setia dan amanah. Bila cinta berpaksikan pada landasan yang betul sudah pasti SUNNAH dan AL-QURAN adalah pembimbing. 

Dan moga wanita-wanita tidak lupa kepada ALLAH S.W.T yang telah menghadirkan cinta kepad hati-hati mereka.. Moga cinta kepada manusia tidak melebihi daripada cinta kepadaNYA. AMIN.


Doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” 

SEMOGA KITA MENDAPAT YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN KITA DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMIN


1 comment:

  1. terharu membacanya...
    insya allah engkau akan bertemu cinta dariNya

    ReplyDelete