Secara Ringkasnya…
Agama disempurnakan dengan kedatangan Nabi SAW. Sehingga kiamat Allah SWT hanya redah dengan Islam sahaja. Enam sifat ini akan mewujudkan dalam hati setiap lelaki dan wanita untuk amalkan agama yang telah disempurnakan oleh Nabi SAW :
1.Kalimah Iman
Kata Maulana Ilyas rah. “Jika seorang itu belajar iman sampai mati pun ia tidak akan sampai ketahap yang tertinggi. Iman setiap orang juga tidak boleh kekal pada satu tahap sahaja. Ia akan turun naik bergantung pada usaha kita. Tahap yang tinggi akan dianugerahi oleh Allah SWT kekuatan amal agama”.
Untuk tingkatkan iman :
Dakwah orang lain pada iman.
Dengar percakapan tentang iman.
Anggaplah kita fakir diantara orang yang fakir iman
Jika diamalkan, Allah SWT akan anugerahkan tahap iman yang membolehkan kita amalkan agama dengan sempurna.
2.Solat
Perintah yang paling penting. Cara penganugerahan solat pun begitu istimewa dari perintahNya yang lain. Untuk mendapatkan roh dalam solat :
Sedih dalam hati dan usahakan agar orang yang tidak solat supaya mengerjakannya.
Kesempurnaan dalam zahir solat dan batin solat. Zahir solat adalah segala syarat dan rukun solat dan batinnya iaitu penumpuan kepada Allah SWT. Dua tahap solat yang tinggi iaitu seolah-olah kita lihat Allah dan Allah tetap melihat kita.
Setelah selesai solat kita hendaklah syukur dan istighfar. Pada hakikatnya solat yang bermutu dapat cegah fashak dan mungkar dan wujudnya kekuatan untuk taat kepada Allah SWT
3.Ilmu dan Zikir
Ta’alim Fadhail memberi kekuatan untuk beramal. Dakwah perkara itu dan tetapkan masa untu buat ta’alim rumah dan masjid. Zikir ini dapat menjauhkan kelalaian. Sekurangnya-kurangnya zikir pagi dan petang dengan istiqomah. Dakwahlah orang lain pada perkara mendatangkan kekuatan zikir.
4. Ikram Muslimin
Setiap orang mesti merasakan untuk menunaikan hak orang lain. Ini akhlak ummat ini. Dakwah orang lain pada perkara ini. Setiap umat Islam walau sehina mana pun tetap dihormati walau iman sebesar zarah yang wujud padanya, maka ikramlah ia dan akhlak akan wujud lalu orang kafir akan terkesan dengan sifat ini.
5. Ikhlas Niat
Ini adalah rahsia Allah SWT. Ia hanya datang dengan pengorbanan yang menghasilkan Iman. Periksa niat dalam hati kita masing-masing dalam mengamalkan agama walau sekecil mana pun amal dilakukan. Dakwah dan doa atas perkara ini.
6. Dakwah Tabligh
Membetulkan salah faham ummat atas hidup ini. Maksud hidup mereka bukanlah keperluan dan kesibukkan didunia ini tetapi maksud hidup yang sebenarnya : “Untuk mendakwahkan setiap manusia taat kepada Allah SWT dan diri kita juga kearah itu.”
Kefahaman yang sebenar akan datang apabila kita mengorbankan segalanya untuk memajukan agama atas muka alam ini. Selepas itu barulah kita fikirkan tentang kesusahan kebendaan ummat dan keperluan diri sendiri. Kesusahan kebendaan ummat seperti menolong keluarga miskin, janda yang memerlukan bantuan, orang-orang yang lapar dan sebagainya. Pada hakikatnya keperluan agama lebih penting dari keperluan kebendaan. Untuk wujudkan ini semua, kita hendaklah buat usaha agama barulah Allah SWT beri kekuatan untuk amal agama.
Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti Muslimah — Hanan.com.my.my.my
URL untuk Artikel ini: